Tuesday, March 29, 2011

sebab tau hak + celik undang2...

Tak mengaku ceroboh rumah jiran


2011/03/30
KUALA LUMPUR: Hanya kerana memasuki halaman rumah jiran, seorang penjual jagung bakar dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menceroboh pada Ahad lalu.

Tertuduh, Tuan Edi Syahrizan Tuan Daud, 32, mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di depan Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir. Dia dituduh menceroboh masuk dengan niat melakukan perbuatan menyalahi undang-undang di halaman rumah jirannya di Nombor AD-4 Jalan Sempadi Setapak, Garden Setapak, Sentul jam 1.30 tengah hari, 27 Mac 2011. Tuan Edi didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Husin menawarkan jaminan RM5,000 tetapi ibu tertuduh enggan membayar wang jamin itu sebelum mahkamah menetapkan 26 April ini untuk sebutan kes.

No comments:

Post a Comment