Tuesday, March 15, 2011

iodin VS radiation?

Permintaan terhadap iodin di AS, Kanada akibat krisis nuklear Jepun


2011/03/16

SEATTLE: Kebimbangan terhadap penyebaran kesan radiasi akibat krisis reaktor nuklear Jepun menyebabkan pengguna panik membeli ubat penawar di merata tempat di pantai barat Amerika Syarikat dan Kanada.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan semalam berkata, kebimbangan itu tidak diperlukan ketika ini dan memberi amaran bahawa orang ramai akan mendedahkan diri kepada masalah perubatan lain kerana mengambil iodin potasium yang diharap dapat melindungi mereka daripada kanser.
Kekeliruan bertambah apabila beberapa pegawai kanan persekutuan Amerika Syarikat memberikan pandangan berbeza.
Setiausaha Tenaga, Steven Chu, berkata beliau merasakan tidak perlu membeli ubat penawar itu dan menambah "ini adalah negara bebas". - Reuters

No comments:

Post a Comment