KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita meminta bantuan pegawainya untuk menyelesaikan saman trafik membawa padah, apabila dia dicabul lelaki miang itu dengan dipeluk, diraba dan dicium di sebuah pusat membeli belah di ibu negara, baru-baru ini.
Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah jabatan penguatkuasaan di Putrajaya, dikatakan bertemu dengan pegawai berkenaan sebelum dia dibawa ke balai polis bagi menyelesaikan saman trafik milik kenalannya, namun ekoran balai polis terbabit sesak dengan orang ramai pegawai itu kemudian mengajaknya ke sebuah pusat beli belah sementara menunggu keadaan lengang.
Menurut sumber, pegawai terbabit yang bimbang kelakuan sumbangnya itu didedahkan turut meminta mangsa menarik semula laporan terbabit dengan menggugut untuk memberitahu bahawa mangsa yang menggoda terlebih dulu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mengesahkan mengenai kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment