Tuesday, March 15, 2011

iodin VS radiation?

Permintaan terhadap iodin di AS, Kanada akibat krisis nuklear Jepun


2011/03/16

SEATTLE: Kebimbangan terhadap penyebaran kesan radiasi akibat krisis reaktor nuklear Jepun menyebabkan pengguna panik membeli ubat penawar di merata tempat di pantai barat Amerika Syarikat dan Kanada.

Bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan semalam berkata, kebimbangan itu tidak diperlukan ketika ini dan memberi amaran bahawa orang ramai akan mendedahkan diri kepada masalah perubatan lain kerana mengambil iodin potasium yang diharap dapat melindungi mereka daripada kanser.
Kekeliruan bertambah apabila beberapa pegawai kanan persekutuan Amerika Syarikat memberikan pandangan berbeza.
Setiausaha Tenaga, Steven Chu, berkata beliau merasakan tidak perlu membeli ubat penawar itu dan menambah "ini adalah negara bebas". - Reuters

Monday, March 14, 2011

taktik raja...

Arab Saudi campur tangan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

DUBAI: Lebih daripada 1,000 anggota tentera Arab Saudi yang menjadi anggota Angkatan Pertahanan Negara-Negara Teluk memasuki Bahrain, kata sumber kerajaan Saudi, semalam.

Kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan untuk campur tangan selepas gesaan pemerintah di Bahrain untuk sesi dialog tidak diterima oleh pihak pembangkang,” kata sumber yang tidak mahu dikenali itu. Menurut undang-undang Majlis Kerjasama Negara Teluk, sekiranya sebarang pasukan tentera negara Teluk memasuki salah satu negara anggotanya, maka pemerintahan pasukan tentera itu akan diambil alih negara berkenaan.


Kerajaan Bahrain belum lagi mengesahkan mengenai kehadiran pasukan tentera Saudi di kepulauannya yang menjadi pangkalan tentera laut Amerika Syarikat. Campur tangan Arab Saudi itu dilakukan dua hari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates membuat lawatan ke Manama dan mengadakan perbincangan dengan pemerintahnya. Gates menggesa kerajaan Bahrain mengambil tindakan segera untuk melakukan pembaharuan dalam sistem pemerintahannya. - AFP

nikmat syurga akhirat LEBIH meriah...

Mualaf mati dipercayai dibunuh anak


2011/03/15
KULIM: Seorang lelaki yang memeluk Islam kira-kira seminggu lalu, ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dan badan, akibat dipukul oleh anak kandungnya sendiri di rumahnya di Taman Selasih di sini, kelmarin.

S Ramadas, 63, ditemui berlumuran darah dalam keadaan terlentang di atas katil dalam bilik tidur utama, kira-kira jam 10.30 malam oleh sepasukan anggota polis selepas menerima aduan daripada suspek kononnya bapanya meninggal dunia.
Berikutan itu, anak sulung mangsa berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh, ditahan bagi membantu siasatan kes yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata sebelum itu anak lelaki mangsa memaklumkan kepada polis kononnya dia menemui mayat bapanya tanpa memberitahu kejadian sebenar.

Berikutan itu, sepasukan polis ke rumah suspek dan menemui mayat mangsa dengan kecederaan di kepala dan badan, dipercayai dipukul dengan objek keras.

Bagaimanapun, Ketua Balai Polis Kulim, Cif Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir, yang mengambil keterangan suspek mendapati keterangan diberikan bercanggah dengan aduan dibuat ketika mendakwa menemui mayat bapanya.

"Selepas menyoal siasat suspek, dia mengaku melakukan kekerasan terhadap bapanya sehingga menyebabkan kematian dengan memukul. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dua beranak itu," katanya di sini, semalam.
Mangsa yang mempunyai tiga anak, memeluk Islam pada 8 Mac lalu. Mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan jenazahnya akan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk dikebumikan.

gara2 naik bas dipandang hina & public transport yang cam bangang bak BN gak...

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

tips from suspect memali murderer...

http://www.mmail.com.my/content/65991-dr-ms-memoir-malaysians-must-have-fighting-spirit

kepada yang buat maksiat, insaf segera. debu2 nuklear tengah on the way dari jepun. telah terbukti mat johor soleh terselamat daripada bom atom...


... gara2 tidak bermukah. sekian. - gadiskorea

Sunday, March 13, 2011

awat sibu rm60 return bukan kk rm20 & kenapa miri no more?

1. mungkin (pendapat saya) sebab BAYAR/BELI berjuta kat firefly.com.my instead KEKAL add web dulu iaitu http://www.fireflyz.com.my/

2. depa kata tak ramai yang mau p sibu

1. pendapat saya kata miri no demand

2. depa habaq kerna mas dah lalu. habis kk lalu, awat fy lalu gak?

moral: tak mesti semua yang dicakap benar. sendiri mau ingat bak "sabda" nabil. sekian.

*p.s. mau tegur sikit kat contest semalam. apa nama subang airport? bukan skypark TETAPI lapangan terbang sultan azlan shah... unless u tanya apa nama terminal fy guna di subang airport, kawan!