Sunday, May 29, 2011

popular dengan rm100 jer...

Pekerja butik didakwa keluar perkataan kesat kepada polis


2011/05/29
KUALA TERENGGANU: Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 petang semalam di hadapan LTSM.
Dia dituduh mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Insp Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.
Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur mengenai kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis terbabit. - BERNAMA

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Teen pleads guilty to calling cop 'stupid'

2011/05/30
By A. Azim Idris
news@nst.com.my
Share |



 Nur Shafa Watiha Wahab insulted a policeman who stopped her for riding a motorcycle without a helmet
Nur Shafa Watiha Wahab insulted a policeman who stopped her for riding a motorcycle without a helmet
KUALA TERENGGANU: A 19-year-old girl pleaded guilty to a misdemeanour charge of calling a policeman stupid at the magistrate's court here yesterday.

Nur Shafa Watiha Wahab, from Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, was charged under section 14 of the Minor Offences Act 1955 for allegedly insulting the policeman after he pulled her over for not wearing a helmet while riding a motorcycle.

Prosecution was carried out by Inspector Zainuddin Abdul Ghani in the presence of Kuala Terengganu Sessions Court registrar, Rusila Chik, who acted on behalf of the magistrate.


After the charge was read out, Nur Shafa, who was clad in purple lock-up clothes and a headscarf, uttered the guilty plea.

The accused, who was travelling alone at the time, was alleged to have insulted Constable Mohd Hafifi Ali at 1pm last Saturday along Jalan Lapangan Terbang Sultan Mahmood, near the Sultan Mahmood Airport compound.

The officer from the crime prevention unit of the Gong Badak police station was on patrol in his sector when the two crossed paths.


Hafifi stopped the accused after spotting her riding a Yamaha Ego motorcycle without a helmet. She then hurled the remark at him.

Rusila Chik, who released Nur Shafa on RM1,000 bail in one surety, set June 7 for sentencing.

1 comment:

  1. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm

    ReplyDelete