Tuesday, May 31, 2011

LU DAH JADI WARTAWAN HIBURAN, BRO... SYABAS!


‘Bukan berahsia’
Oleh Ibrahim Isa
ibrahim@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Saya bukannya mahu merahsiakan pernikahan, namun atas permintaan keluarga isteri, saya tidak menjemput rakan media ke majlis itu petang kelmarin,” kata pelakon dan penyampai radio terkenal, Salih Yaacob, 49, menjawab soalan mengapa rakan media tidak dimaklumkan berkaitan pernikahannya di Kulaijaya di sini, kelmarin.

Salih ketika ditemui di majlis resepsi di sebuah hotel di bandar raya ini berkata, permintaan keluarga isterinya itu mesti dihormati kerana mereka kurang selesa dengan publisiti yang diberikan.
Katanya, keluarga mentuanya meminta supaya majlis diadakan secara sederhana tanpa menjemput wakil media dan sebagai ahli keluarga, dia perlu menghormati permintaan mereka.

“Sejak berita berkaitan hubungan kami disiarkan, mereka menyatakan kurang selesa dengan publisiti diberikan dan meminta jangan menjemput wakil media.


“Saya hormat permintaan itu, inikan majlis sebelah perempuan dan saya bercadang menjemput rakan artis dan media pada majlis sebelah lelaki yang akan diadakan di ibu kota tidak lama lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment