Friday, February 4, 2011

patut tembak pm, kan? pdrm terkenal dasar bodoh nak mam orang malaysia... wa dah cakap sama puak2 islam di thai yang negara kita "haprak"!

Sarjan mati terduduk, pistol masih di tangan
Oleh Khairul Azran Hussin

2011/02/03
Mangsa bertugas di IPD Shah Alam ditemui orang awam

KUALA SELANGOR: Seorang penolong pegawai penyiasat berpangkat sarjan ditemui mati dalam keadaan terduduk dengan satu kesan tembakan di bahagian kiri kepalanya bersebelahan kereta jenis Proton Wira miliknya di Jalan Puncak Alam-Parit Mahang, di sini, semalam.

Mat Saini Omar, 50, dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu, jam 9.45 pagi sebelum melaporkannya di Balai Polis Saujana. Mangsa yang berkhidmat sebagai anggota polis lebih 25 tahun sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, tinggal di Tanjung Karang dan sepatutnya bertugas seperti biasa di IPD Shah Alam ketika hari kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata polis hanya dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi dan mendapati darah turut keluar dari telinga, hidung dan mulut mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa menembak menggunakan pistol polis jenis revolver .38. Pistol jenis ini sepatutnya ada lima peluru dan satu peluru digunakan mangsa dipercayai untuk menembak diri sendiri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, meninjau lokasi kejadian.
Mohd Taib berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan oleh mangsa yang berada bahagian tepi kereta di tempat duduk hadapan penumpang kereta berkenaan.
“Maklumat yang diperoleh daripada saksi juga mendapati kereta mangsa berhenti di tempat kejadian selain sengaja membiarkan pintu kereta belakang dan bonet kereta dalam keadaan terbuka sebelum kedengaran bunyi satu das tembakan.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan mayatnya dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan siasatan menjurus kepada kematian mengejut dan kejadian itu juga didapati tidak wujud pembabitan pihak lain yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pos pengawal sebuah projek perumahan yang terletak 150 meter dari tempat kejadian, berkata beliau tidak melihat sebarang keadaan mencurigakan ketika kereta berkenaan berhenti di kawasan kejadian kerana beranggapan mangsa menunggu seseorang.

“Namun, secara tiba-tiba saya terdengar satu das tembakan dari arah kereta itu. Saya bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat mangsa dalam keadaan terduduk dan tersandar di tepi kereta dengan pistol masih di tangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment