Monday, February 7, 2011

mau panjang umur? "tegur" lah kerajaan baik BN @ PR... majoriti "pejuang" lama hidupnya!

Sertai komuniti Berita Harian login|daftar
Komuniti ↓ WAKTU SOLAT Kuala Lumpur

SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:51
19:29
20:40
... kawasan lain Selasa , 08 Februari 2011 Set BH sebagai Laman Utama Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991RSSMobileAkhbar DigitalSMS Alert1klassifiedsPILIHAN ENJIN CARIAN NasionalSukanDuniaEkonomiAgamaHipRatuSuratRencanaPendidikanWilayahSasteraSkuadSisipanKlik KhasNasional Cetak . Emel Rakan . 'Usah bedah mayat saya'
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/02/08
Mangsa ragut sampaikan pesanan sehari sebelum kejadian

KUALA LUMPUR: Suami mangsa ragut, Zabedah Abas, 45, yang meninggal dunia kelmarin tidak menyangka pesanan isterinya agar mayatnya tidak dibedah siasat sekiranya dia meninggal dunia dan minta dikuburkan di kampungnya di Pulau Indah, Klang, menjadi petanda akhir dia akan pergi selama-lamanya. Azlan Abdul Aziz, 47, berkata pesanan itu diluahkan isterinya ketika mereka berbual sebelum masuk tidur, sehari sebelum isterinya diragut berhampiran Pangsapuri Permai, Taman Petaling Utama dekat sini, Khamis lalu. Sebelum itu, Zabedah turut meminta anak kedua mereka, Nur Azlin Azlan, 20, supaya berhenti bekerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang agar dia dapat membantu bapanya yang menjalankan perniagaan kedai makan di Taman Medan.

“Dia (isteri) juga begitu teruja untuk mengecat rumah kami selain mengidam mahu makan ayam goreng dan kuih donat beberapa hari sebelum kejadian itu.

“Walaupun saya amat bersedih dengan pemergiannya, namun sekurang-kurangnya semua perkara yang dia hajati dapat dikabulkan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Anak sulung mangsa, Nur Azura Azlan, 21, yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bergegas pulang ke Kuala Lumpur, Jumaat lalu sejurus mengetahui kejadian menimpa ibunya.
“Kali terakhir saya berbual dengan ibu pada Selasa lalu ketika saya menghubunginya dari Perlis. Pada masa itu kami berbual seperti biasa dan dia ada berpesan supaya saya menjaga diri, belajar rajin-rajin dan menjaga adik-adik.

“Namun ada satu pesanan yang agak pelik apabila ibu minta saya membela rambut sedangkan selama ini dia bising sekiranya rambut saya panjang,” katanya.

Ketika kejadian jam 4 petang itu, Zabedah yang membantu perniagaan suaminya dalam perjalanan ke kedainya di Taman Medan dengan menunggang motosikal berseorangan serta membawa satu beg sandang dan memakai beg pinggang.

Mangsa baru keluar dari selekoh rumahnya di Pangsapuri Permai, apabila didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang kemudian meragut beg sandang dibawanya.

Salah seorang peragut kemudian cuba merentap beg pinggang berisi wang tunai dan barang kemas yang dipakainya, namun tidak berjaya menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba mengejar peragut terbabit tetapi mereka dapat melarikan diri.

Mangsa yang cedera parah kemudian dimasukkan ke PPUM dan selepas tiga hari bertarung nyawa dalam keadaan koma, mangsa meninggal dunia jam 12.45 tengah hari, kelmarin.

Selain Nur Azura dan Nur Azlin, Zabedah turut meninggalkan dua anak kembar lelaki, Mohamad Izad dan Mohamad Izam, masing-masing berusia 12 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata gerakan mencari suspek masih dijalankan.

No comments:

Post a Comment