Saturday, January 8, 2011

tetek, ramping, ketat, penyabar & ... - shahrizat & poyor geng tak berani bersuara? tapi faktor mati anak pertama boleh mereka gunakan sebagai alasan!

Kekal menawan pikat suami

Oleh ISMA ISMAIL dan MOHD RAZLAN SALLEH
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.
INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf.

SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.

“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.

Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.


“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.


Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.

Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.

Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.

Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.

“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.

“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.

Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.

“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.

Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.

“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.

Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.

Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.

“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.

“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.

“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.

“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.

Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.

“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.


>Senarai nama anak pasangan Mansura dan Yusuf


1. Junaidah, 46, suri rumah (perempuan)
2. Jainal, 43, polis bantuan (lelaki)
3. Halimah, 42, suri rumah (perempuan)
4. Junaida, 41, suri rumah (perempuan)
5. Zubaidah, 39, suri rumah (perempuan)
6. Maisah, 37, berniaga (perempuan)
7. Hamidah, 36, berniaga (perempuan)
8. Mohd Dalfa, 35, pemandu lori (lelaki)
9. Mohd Alfiah, 32, berniaga (lelaki)
10. Hassan, 30, jurujual (lelaki)
11. Hussin, 26, tidak bekerja (lelaki)
12. Masnah, 27, suri rumah (perempuan)
13. Halimah, 25, - meninggal dunia ketika usia 15 tahun (perempuan)
14. Hafizah, 23, suri rumah (perempuan)
15. Mohd Rafi, 21, pekerja swasta (lelaki)
16. Norasikin, 18, penganggur (perempuan)
17. Jefry Aman, 15, pelajar (lelaki)

Nota: Enam lagi tiada nama kerana meninggal dunia sebaik dilahirkan.

2 comments:

  1. Kukuh ke usia emas

    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

    KUALA LUMPUR: Teknik ‘Cakar Harimau’ antara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengukuhkan ikatan dan kebahagiaan rumah tangga hingga ke usia emas.

    Selain itu, beberapa cara boleh dilakukan untuk membelai pasangan tetapi biar mengikut keselesaan supaya tidak mendatangkan kemudaratan ketika melakukan hubungan intim.


    Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby berkata, ada banyak cara untuk melayan pasangan supaya hubungan intim lebih berkesan dan dapat memuaskan hati masing-masing.

    Menurutnya, tubuh badan boleh menjadi aset terbaik untuk membelai pasangan selain menggunakan teknik tertentu, sebab itu wanita terutamanya diminta menjaga penampilannya untuk menarik minat suami.


    “Isteri harus menjaga badan supaya sentiasa kelihatan menarik bagi menimbulkan syahwat suami dan mengundang keinginan untuk melakukan hubungan intim,” katanya.


    Menurut Dr Ismail, rahsia payudara untuk ‘menjinakkan’ seperti didedahkan warga emas, Mansura Sirai diakui benar dapat membantu hubungan intim suami isteri.

    Katanya, sepatutnya semua yang bergelar suami isteri mencontohi wanita terbabit dan menikmati hubungan dari mula perkahwinan hinggalah ke akhir hayat.


    “Nasihat saya, hubungan suami isteri tidak terhad kepada peringkat usia dan apa dilakukan Mansura sememangnya baik semata-mata untuk suami,” katanya.

    Menurutnya, hubungan intim seksual yang memberangsangkan suami dan isteri memberi banyak manfaat kesihatan dan kesejahteraan.


    Katanya, selain mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh, hubungan seksual yang memberangsangkan memberi fungsi awet muda.


    “Seperti berlaku kepada Mansura dan suaminya, Yusuf Susuk sebagai warga emas yang mesra dan intim, mereka sangat selesa dan seronok bersama dan boleh diibaratkan seperti ‘bara yang sentiasa berapi’,” katanya.

    ReplyDelete
  2. Seronok ramai

    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

    SANDAKAN: Memiliki adik-beradik ramai memang menyeronokkan, terutama ketika menjelang Aidilfitri apabila semuanya pulang beraya di rumah.

    Anak sulung pasangan Mansura Sirai dan Yusuf Susuk, Junaidah, 46, berkata tidak dinafikan pelbagai kerenah wujud tetapi semua itu sebenarnya adalah ‘kegembiraan’ yang tidak boleh dinikmati semua orang.


    “Bila semua anak, cucu dan cicit emak berkumpul beramai-ramai, saya dapat merasakan satu perasaan yang sangat harmoni.

    “Meskipun kebanyakan daripada kami hanya bekerja kampung dan menjadi suri rumah, perkara itu tidak bermakna keluarga kami tidak bahagia dan terabai,” katanya.


    Junaidah berkata, suaminya, Mohamad Oling, 50, hanya bekerja sebagai nelayan dan berpendapatan sekitar RM30 sehari jika ke laut.


    “Kadangkala memang kewangan menjadi masalah utama, tetapi emak menurunkan petua supaya perkara itu tidak mengganggu rumah tangga.

    “Jika asyik memikirkan masalah kemiskinan, pasti kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri turut terganggu,” katanya.


    Junaidah berkata, setiap yang berlaku ada hikmahnya dan sebagai hamba Allah, dia menerima setiap ujian yang berlaku dengan reda.

    “Kini saya mempunyai tujuh anak, yang sulung berusia 16 tahun dan bongsu sembilan bulan,” katanya.


    Junaidah berkata, ramai memuji emaknya yang berjaya melahirkan ramai anak selain kelihatan sentiasa sihat dan aktif, terutama ketika membantu jentera pilihan raya kecil di Batu Sapi tempoh hari.


    “Ketika itu, hampir setiap hari emak tidak lekat di rumah dan sibuk membantu meraih undi. Pada malamnya pula, dia sibuk menjaga ayah yang terlantar sakit akibat diserang strok beberapa tahun lalu.


    “Ayah tidak melarang emak berkempen dan memahami perasaan isterinya yang sentiasa aktif berpolitik serta dikenali ramai,” katanya.


    Junaidah turut berharap ada pihak tampil membantu mereka berikutan kasihan melihat emak yang terpaksa bertungkus lumus mencari rezeki.


    “Walaupun emak sentiasa sibuk, dia tidak menunjukkan perasaan letih ketika di rumah. Saya bangga memiliki emak dan keluarga besar seperti ini,” katanya.

    ReplyDelete