Thursday, December 9, 2010

sebab tiada yang berani balik cat ke agong?

>Haram jadikan anak bahan jualan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Haram jadikan anak bahan jualan,” kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ketika mengulas isu jual anak dalam perut yang dilaporkan dalam muka depan Harian Metro semalam.

Katanya, jika niat pasangan yang mahu mendapatkan anak angkat itu seperti mahu membeli bayi yang belum lahir itu, ia adalah berdosa besar. Beliau berkata, seharusnya ibu yang mengandung anak luar nikah itu tidak menambah dosa dengan menjual bayi yang dikandungnya.


“Jangan tambah dosa lain. Perbuatan jual beli anak itu berdosa besar, tambah pula jika jual kepada keluarga bukan Islam. “Soal berdosa kerana melakukan zina, bertaubatlah semoga Tuhan mengampunkan dosa lalu. Cara terbaik ialah menjaga sendiri bayi yang dilahirkan itu,” katanya.

Harian Metro semalam mendedahkan hasrat seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) untuk menjual bayinya sejurus dilahirkan kelak kepada pasangan suami isteri bukan Islam dengan harga RM22,000.


Wanita terbabit, Suzie, 22, mendakwa berniat untuk menjual bayinya kerana tidak mahu ibu bapanya mengetahui perkara itu selain tidak mampu menanggung kos sara hidup yang tinggi.


Juanda berkata, tidak salah jika mana-mana pasangan yang mahu mendapatkan anak angkat tetapi biarlah mengikut hukum agama yang betul bukannya dengan berniat mahu membeli bayi itu.

Apabila ditanya mengenai ramai wanita sanggup bertindak menyembunyikan kandungan dengan menjual bayi dikandungnya sebaik bersalin kerana malu dengan pandangan masyarakat, beliau berkata, mereka yang mengandung anak luar nikah ini perlu memikirkan pandangan agama.


Menurutnya, masyarakat kita seharusnya membantu golongan seperti ini kembali ke pangkal jalan dengan memberikan didikan agama sebaik mungkin.

“Jangan maki, cela dan cemuh mereka. Dalam hidup ini mana ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan, kecuali nabi saja. Apa salahnya kita sesama manusia membantu mereka supaya tidak melakukan dosa lain,” katanya.


Katanya, pasangan yang sudah terlanjur seharusnya memohon ampun dan memelihara bayi yang bakal dilahirkan dengan elok kerana anak itu tidak berdosa, malah jangan membebankan anak terbabit dengan dosa silam ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment