Monday, July 19, 2010

sebab booking sorang2 lebih murah... tempah guna mobile.airasia.com jugak.

AirAsia tawar tambang istimewa dua penumpang


2010/07/20
AIRASIA menawarkan tambang istimewa bagi dua penumpang sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran inovatif berikutan penerapan ciri baru pada sistem tempahan tiket dalam talian syarikat penerbangan tambang murah itu.

Di bawah tawaran istimewa ‘Just for Two’ itu, pelanggan boleh membeli sehingga dua tiket bagi penerbangan domestik pada harga tambang sehala serendah RM50 manakala dua penumpang bagi penerbangan antarabangsa boleh membeli dua tiket berkenaan pada harga serendah RM100.
Penumpang boleh membuat tempahan dalam talian di laman web www.airasia.com atau mobile.airasia.com dari 19 Julai hingga 25 Julai, bagi perjalanan antara 2 Ogos dan 15 November 2010, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Click Here
AirAsia turut menawarkan Promosi Belian Awal bagi perjalanan tahun depan di mana penumpang boleh menempah tiket antara 19 Julai dan 25 Julai bagi perjalanan antara 14 Februari dan 8 Mei 2011.

Ketua Komersil Serantau AirAsia Bhd, Kathleen Tan, berkata pelaburan dalam sistem tempahan tiket baru itu akan membolehkan syarikat penerbangan itu terus berada di hadapan.

“Seperti yang kami katakan sebelum ini, tetamu AirAsia akan mendapat faedah daripada sistem tempahan baru itu dan bakal menikmati lebih banyak penjimatan,” katanya.

AirAsia dalam satu lagi kenyataan berkata, ia melancarkan AirAsiaMegastore.com, portal dalam talian yang memudahkan pengguna dari seluruh dunia membeli-belah dengan mudah ke atas rangkaian produk yang meluas.
Ketua Perkhidmatan Kewangan dan Kesetiaan, Johan Aris Ibrahim berkata, portal itu menawarkan pengguna cara membeli-belah yang lebih mesra alam, mencerminkan fokus syarikat untuk meluaskan sumber pendapatan tambahannya.

No comments:

Post a Comment