Tuesday, April 26, 2011
belajar dari islam better...
kini lebih mudah/murah tok ngorat dara yang dingokkan leh spinner...

BERBAHAYA...Ejoe menunjukkan serbuk perangsang seks.
KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.
Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur.
Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku.
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Tindakan susulan sudah dilakukan pihak berkaitan bagi mengetahui isi kandungan serbuk perangsang yang didakwa mampu meningkatkan nafsu wanita seperti dilaporkan Harian Metro, semalam.
Sumber Bahagian Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, berkata serbuk perangsang berkenaan sudah dihantar ke unit kimia untuk dianalisis kandungannya.
Menurutnya, pihaknya juga sudah meminta unit berkenaan memberi keutamaan terhadap kajian ke atas serbuk terbabit untuk mengetahui isi kandungan bahan rangsangan itu.
Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada Harian Metro mengenai isi kandungan bahan rangsangan itu selepas proses kajian selesai dijalankan.
Sebelum ini pada 14 April lalu, wartawan Harian Metro sudah menghantar sampel bahan perangsang berkenaan ke Bahagian Farmasi jabatan terbabit.
Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai kewujudan serbuk perangsang itu yang dijual di bandar raya ini dengan harga antara RM15 hingga RM30.
KUALA LUMPUR: “Ramai pengguna tertipu dengan dakwaan serbuk dan ubat tertentu yang dikatakan mampu mengghairahkan pasangan untuk melakukan hubungan seks. Yang ada hanyalah kandungan diragui terdiri daripada bahan peradang yang boleh merosakkan organ dalaman tubuh.
“Tiada jalan pintas untuk mencapai kepuasan dalam hubungan melainkan dengan layanan kasih sayang dan persefahaman yang baik bersama pasangan. Penggunaan bahan terbabit hanya memudaratkan kesihatan untuk satu jangka masa lama,” kata pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby.
Menurutnya, pada pandangan umum, kebanyakan ubat rangsangan sama ada serbuk mahu pun pil yang dijual secara meluas di pasaran mengandungi Afrodisiac, sejenis bahan yang boleh mendatangkan keghairahan melakukan hubungan kelamin.
Namun, ia adalah persepsi semata-mata kerana secara psikologi, masyarakat akan menganggap penggunaan ubatan tertentu mampu mendatangkan rasa ghairah pasangan kerana kebergantungan yang tinggi kepada pengambilan bahan terbabit.
“Kajian menunjukkan, kawalan minda yang baik dapat membantu seseorang menangani kehendak seks selain membantu menghindari keinginan melakukannya di luar nikah yang ditegah agama.
Monday, April 25, 2011
kini terbang airasia free lak...
pastikan web check in. then print. later kita p reprint lagi kat kaunter. kawan ambik yang reprint & pastikan masuk paling lewat agar leh duk seat yang kosong. good luck, guys!kita guna paspot
kawan tunjuk ic kita
dalam negara jer
Sunday, April 24, 2011
bukan peminum arak & berzina baru kebal dari radiasi thus cancer... buktinya johorian selamat daripada atom jepun ww2.
JEDDAH: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.
Dr Fatin Khoursheed yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.
“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.
“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.
Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.
“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.
“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG
Thursday, April 21, 2011
WUJUD MONYET BODOH CAKAP ADA APA DENGAN DARA...
Tuesday, April 19, 2011
otak bijak: amal makruf (am) nahi mungkar (nm)...
nm: kulit ayam & kepala ikan