Wednesday, February 9, 2011

Monday, February 7, 2011

mau panjang umur? "tegur" lah kerajaan baik BN @ PR... majoriti "pejuang" lama hidupnya!

Sertai komuniti Berita Harian login|daftar
Komuniti ↓ WAKTU SOLAT Kuala Lumpur

SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:51
19:29
20:40
... kawasan lain Selasa , 08 Februari 2011 Set BH sebagai Laman Utama Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991RSSMobileAkhbar DigitalSMS Alert1klassifiedsPILIHAN ENJIN CARIAN NasionalSukanDuniaEkonomiAgamaHipRatuSuratRencanaPendidikanWilayahSasteraSkuadSisipanKlik KhasNasional Cetak . Emel Rakan . 'Usah bedah mayat saya'
Oleh Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2011/02/08
Mangsa ragut sampaikan pesanan sehari sebelum kejadian

KUALA LUMPUR: Suami mangsa ragut, Zabedah Abas, 45, yang meninggal dunia kelmarin tidak menyangka pesanan isterinya agar mayatnya tidak dibedah siasat sekiranya dia meninggal dunia dan minta dikuburkan di kampungnya di Pulau Indah, Klang, menjadi petanda akhir dia akan pergi selama-lamanya. Azlan Abdul Aziz, 47, berkata pesanan itu diluahkan isterinya ketika mereka berbual sebelum masuk tidur, sehari sebelum isterinya diragut berhampiran Pangsapuri Permai, Taman Petaling Utama dekat sini, Khamis lalu. Sebelum itu, Zabedah turut meminta anak kedua mereka, Nur Azlin Azlan, 20, supaya berhenti bekerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang agar dia dapat membantu bapanya yang menjalankan perniagaan kedai makan di Taman Medan.

“Dia (isteri) juga begitu teruja untuk mengecat rumah kami selain mengidam mahu makan ayam goreng dan kuih donat beberapa hari sebelum kejadian itu.

“Walaupun saya amat bersedih dengan pemergiannya, namun sekurang-kurangnya semua perkara yang dia hajati dapat dikabulkan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, semalam.

Anak sulung mangsa, Nur Azura Azlan, 21, yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bergegas pulang ke Kuala Lumpur, Jumaat lalu sejurus mengetahui kejadian menimpa ibunya.
“Kali terakhir saya berbual dengan ibu pada Selasa lalu ketika saya menghubunginya dari Perlis. Pada masa itu kami berbual seperti biasa dan dia ada berpesan supaya saya menjaga diri, belajar rajin-rajin dan menjaga adik-adik.

“Namun ada satu pesanan yang agak pelik apabila ibu minta saya membela rambut sedangkan selama ini dia bising sekiranya rambut saya panjang,” katanya.

Ketika kejadian jam 4 petang itu, Zabedah yang membantu perniagaan suaminya dalam perjalanan ke kedainya di Taman Medan dengan menunggang motosikal berseorangan serta membawa satu beg sandang dan memakai beg pinggang.

Mangsa baru keluar dari selekoh rumahnya di Pangsapuri Permai, apabila didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang kemudian meragut beg sandang dibawanya.

Salah seorang peragut kemudian cuba merentap beg pinggang berisi wang tunai dan barang kemas yang dipakainya, namun tidak berjaya menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan.

Orang ramai yang melihat kejadian itu cuba mengejar peragut terbabit tetapi mereka dapat melarikan diri.

Mangsa yang cedera parah kemudian dimasukkan ke PPUM dan selepas tiga hari bertarung nyawa dalam keadaan koma, mangsa meninggal dunia jam 12.45 tengah hari, kelmarin.

Selain Nur Azura dan Nur Azlin, Zabedah turut meninggalkan dua anak kembar lelaki, Mohamad Izad dan Mohamad Izam, masing-masing berusia 12 tahun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata gerakan mencari suspek masih dijalankan.

Friday, February 4, 2011

patut tembak pm, kan? pdrm terkenal dasar bodoh nak mam orang malaysia... wa dah cakap sama puak2 islam di thai yang negara kita "haprak"!

Sarjan mati terduduk, pistol masih di tangan
Oleh Khairul Azran Hussin

2011/02/03
Mangsa bertugas di IPD Shah Alam ditemui orang awam

KUALA SELANGOR: Seorang penolong pegawai penyiasat berpangkat sarjan ditemui mati dalam keadaan terduduk dengan satu kesan tembakan di bahagian kiri kepalanya bersebelahan kereta jenis Proton Wira miliknya di Jalan Puncak Alam-Parit Mahang, di sini, semalam.

Mat Saini Omar, 50, dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu, jam 9.45 pagi sebelum melaporkannya di Balai Polis Saujana. Mangsa yang berkhidmat sebagai anggota polis lebih 25 tahun sudah berkahwin dan mempunyai empat anak, tinggal di Tanjung Karang dan sepatutnya bertugas seperti biasa di IPD Shah Alam ketika hari kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata polis hanya dimaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi dan mendapati darah turut keluar dari telinga, hidung dan mulut mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa menembak menggunakan pistol polis jenis revolver .38. Pistol jenis ini sepatutnya ada lima peluru dan satu peluru digunakan mangsa dipercayai untuk menembak diri sendiri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, meninjau lokasi kejadian.
Mohd Taib berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan oleh mangsa yang berada bahagian tepi kereta di tempat duduk hadapan penumpang kereta berkenaan.
“Maklumat yang diperoleh daripada saksi juga mendapati kereta mangsa berhenti di tempat kejadian selain sengaja membiarkan pintu kereta belakang dan bonet kereta dalam keadaan terbuka sebelum kedengaran bunyi satu das tembakan.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini dan mayatnya dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan siasatan menjurus kepada kematian mengejut dan kejadian itu juga didapati tidak wujud pembabitan pihak lain yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pos pengawal sebuah projek perumahan yang terletak 150 meter dari tempat kejadian, berkata beliau tidak melihat sebarang keadaan mencurigakan ketika kereta berkenaan berhenti di kawasan kejadian kerana beranggapan mangsa menunggu seseorang.

“Namun, secara tiba-tiba saya terdengar satu das tembakan dari arah kereta itu. Saya bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat mangsa dalam keadaan terduduk dan tersandar di tepi kereta dengan pistol masih di tangan,” katanya.

tq sebab syahidkan islam tapi kasihan jika kapir mati katak lah jawabnya...

5 warga emas maut ditembak di Pattani


2011/02/03
BANGKOK: Letupan kuat yang pada mulanya disangka bunyi mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini akhirnya ternyata adalah bunyi tembakan senjata api yang meragut nyawa lima warga emas dan mencederakan dua yang lain di sebuah kedai kopi di Pattani kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Panaret, Kol Wallop Jamnong-asa, berkata dalam kejadian itu sekumpulan lelaki yang menaiki trak pikup melepaskan tembakan ke arah mangsa yang sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kedai di Kampung Kok Krabue, di daerah Panaret. Katanya, mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita. Lelaki berkenaan ialah Nun Bungmark, 73, Nipon Sermklin, 62, dan Ponsak Pech, 60, manakala wanita yang terbunuh pula ialah Laddawan Yodkeaw, 60, dan Pikool Saennu, 60.

"Pada mulanya saya menyangka bunyi yang kedengaran itu ialah letupan mercun kerana orang menyambut Tahun Baru Cina di kampung ini, tapi selepas itu barulah saya sedar ia bunyi tembakan senjata api apabila melihat seorang rakan rebah dan ternampak sekumpulan lelaki yang menaiki pikup," kata seorang saksi yang enggan dikenali.

Wallop berkata, mereka yang cedera parah ialah NanChim Tantapong, 78, dan Patikorn Dor, 12.

Polis percaya kejadian itu berpunca daripada perbuatan membalas dendam berikutan sengketa yang melanda selatan Thailand.
Sementara itu, jurucakap polis Yarang berkata seorang penoreh getah dijumpai mati disembelih di Kampung Kubang Badak, Yarang, Pattani pada 3.30 pagi.

Lebih 4,000 orang terbunuh sejak kumpulan pemisah melancarkan perjuangan bersenjata untuk menuntut kemerdekaan Narathiwat, Pattani dan Yala tujuh tahun lalu. - BERNAMA

Monday, January 31, 2011

sebab tuh biar putih tulang macam lagu bunga raya...

'Ayah, siapa nak hantar sekolah'


2011/01/30


SYAFAWATI bersama anaknya, Izz Ilham dan Puteri Norsyahariah melihat keadaan Mohd Idham di rumah mereka di Taman Wilayah Selayang, semalam.Mangsa terbabit kemalangan jalanraya bersama majikan cuma boleh gerak mata

KUALA LUMPUR: "Ayah cepatlah bangun, nanti siapa nak hantar kakak ke sekolah." Itulah inilah rintihan Puteri Norsyahariah Idham, 6, dan Izz Ilham Idham, 2, kepada bapa mereka yang terlantar tidak sedarkan diri sejak enam bulan lalu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya. Mohd Idham Yahya, 25, bapa dua anak itu terlantar di rumahnya di Taman Wilayah Selayang, di sini selepas otaknya gagal berfungsi akibat gegaran kuat pada kepalanya. Dalam kejadian pada tengah malam 1 Julai lalu, kereta yang dinaiki bersama majikannya terbabas lalu terjunam dalam gaung berhampiran Gua Tempurung, Perak, menyebabkan majikannya terkorban, manakala Idham mengalami parah pada muka selain patah tulang tangan, paha dan kaki.

Isterinya, Syafawati Nadiah Abdul Ghani, 26, berkata, sebelum kemalangan, suaminya adalah seorang yang penyayang dan rapat dengan dua anak mereka. Namun semua itu hilang dan Idham kini hanya mampu menggerakkan mata, kaki dan tangannya saja.

“Sejak terlantar dia tidak boleh makan dan hanya bergantung kepada susu menggunakan tiub khas yang disalur melalui hidung.

“Dia tidak mampu menelan. Air liur pun akan meleleh keluar. Doktor kata peratusan untuk sembuh sangat rendah, selain bakal kehilangan ingatan dan keupayaan bergerak,” katanya ketika ditemui semalam.
Selepas terbabit dalam kemalangan itu, Idham terlantar koma di Hospital Ipoh selama empat bulan dan sepanjang tempoh itu dia dijaga Syafawati dan ibu Idham, Jamaliah Saidin, 57.

Syafawati yang terpaksa berhenti kerja berkata, keadaan kewangan mereka semakin rumit, ditambah keadaan kesihatan Jamaliah yang tidak menentu.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana ingin menjaga suami. Ibu mentua pun tidak berapa sihat kerana baru menjalani pembedahan membuang batu karang. Ditambah pula dengan anak yang masih kecil, ia memang merumitkan.

“Kami menerima bantuan Baitulmal RM300 sebulan selain bantuan keluarga dan orang ramai. Namun, masih tidak mencukupi kerana kos penjagaan Idham mencecah RM1,000 sebulan,” katanya sambil menambah beliau memerlukan wang untuk membeli susu dan lampin pakai buang suaminya, selain perbelanjaan anak setiap bulan.

Pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh ke rumah Syafawati di 8-2-3, Blok 8, Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang atau hubungi 012-3416226 atau 03-61366986

Wednesday, January 26, 2011

20k like 20 sen kepada yang berduit...

Nazren perlu RM20,000


2011/01/27


SITI SALINA bersama Nazren yang menghidap jantung berlubang.KUALA LUMPUR: “Saya masih mengharapkan ada individu prihatin membantu menampung kos pembedahan anak saya sebanyak RM20,000 sebelum tarikh pembedahan pada 9 Februari ini,” kata Siti Salina Samaun, 29, ibu kepada Nazren Hakim Zamawi, seorang bayi yang menghidap penyakit jantung berlubang.

Nazren Hakim, tujuh bulan mula menunjukkan tanda mengalami penyakit itu ketika berusia enam hari selepas pemeriksaan mendapati kandungan darahnya tidak mencapai tahap piawaian bagi seorang bayi normal. Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirimkan cek di atas nama The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) dengan nama Nazren Hakim ditulis di belakang cek dan dihantar kepada Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.