Wednesday, December 22, 2010

biar apa orang nak kata pasal kerak kecil janji kita bahagia...

'Saya seperti dipukau'

KUALA LUMPUR: “Mulut saya bagaikan dikunci dan menurut saja apa katanya. Saya seperti dipukau kerana semuanya berlaku dalam masa yang singkat. Kejadian ini mengakibatkan hidup saya tertekan dan terpaksa menanggung bebanan hutang.

“Tandatangan dan cap jari saya ditiru dan selepas pinjaman itu lulus, saya tak terima satu sen pun kerana duit itu digunakan untuk menyertai perniagaan yang saya sendiri tidak tahu,” kata Nora 26, yang menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang menawarkan pinjaman ala pelaburan sebuah koperasi.


Dia yang baru enam bulan bekerja sebagai penjawat awam di Putrajaya, diperkenalkan kepada seorang lelaki dipercayai ejen yang menawarkan satu skim pelaburan untuk melayakkan peserta membuat pinjaman peribadi.


Menurutnya, segalanya bermula selepas dia berjaya mendapatkan pinjaman daripada sebuah koperasi pertanian sebanyak RM18,000 dan tidak lama selepas itu, dia bertemu seorang lelaki yang memujuknya menyertai skim itu yang dipercayai boleh mendatangkan keuntungan dalam masa singkat.


“Dalam pertemuan dengan lelaki itu, saya langsung tidak menyatakan persetujuan untuk menyertai pelaburan berkenaan. Suami ada bertanyakan mengenai jumlah pinjaman yang boleh dipinjam, tapi lelaki itu meminta saya menyerahkan slip gaji dan borang pemotongan Angkasa dahulu bagi mengetahui nilai sebenar.


“Tiga hari selepas dokumen berkenaan diserahkan, saya dihubungi koperasi menyatakan pinjaman saya diluluskan dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sejumlah RM33,000 dimasukkan ke dalam akaun saya,” katanya.



Nora berkata, dia kemudian menghubungi lelaki berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai duit di dalam akuan berkenaan dan ejen itu memaklumkan bahawa sudah mengetahui transaksi duit ‘pinjaman’ itu ke akaunnya.


Katanya, dia dan suami dihubungi ejen itu yang mendesak duit itu dikeluarkan cepat mungkin kononnya akan mendapat pulangan yang tinggi kerana menyertai skim itu lebih awal.


“Keesokannya, lelaki itu datang menjemput dan membawa kami ke sebuah bank di Puchong untuk mengeluarkan duit berkenaan dan dipindahkan ke atas nama sebuah syarikat.


“Selepas urusan di bank selesai, dia terus menghantar kami pulang dan meminta kami menunggu sementara dia akan menguruskan semuanya dengan pihak koperasi. Dia hanya memberitahu bahawa potongan sebanyak RM200 lebih akan dikenakan” katanya.


Menurut Nora, dua bulan selepas itu, dia begitu terkejut malah hampir pengsan apabila mendapati gajinya dipotong sebanyak RM545 sebulan dan jumlah itu terlalu tinggi dibandingkan gajinya sebagai kerani.


Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, dia dan suami merujuk perkara berkenan ke pejabat koperasi dan begitu terkejut selepas dimaklumkan bahawa nilai sebenar pinjaman itu hampir RM43,000 serta perlu dibayar dalam tempoh 15 tahun.


“Saya sendiri hairan bagaimana pinjaman itu diluluskan sedangkan saya tidak pernah menandatangani borang pinjaman, malah di dalam salinan perjanjian yang diberikan, alamat yang tertera bukanlah rumah saya sebaliknya milik orang lain.


“Suami cuba menghubungi ejen berkenaan tetapi gagal menyebabkan kami membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya,” katanya.


Nora berkata, akibat kejadian itu, dia dan suaminya kini hidup susah kerana terpaksa menanggung pinjaman yang digunakan orang lain dan terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan perkara ini dengan merujuk kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Sementara itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi berkata, pihaknya akan meneliti kes berkenaan sebelum mengambil tindakan sewajarnya untuk membantu Nora.

Monday, December 20, 2010

ubat santau...

Limau nipis ubat santau


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau ‘angin’ yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali (gambar) berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.


“Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam,” katanya.

Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil ‘tuju’ itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.


“Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak ‘memakan’ diri sendiri atau keluarga terdekat mereka,” katanya.


Katanya, santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.

Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.


Semalam, Harian Metro melaporkan lima anggota polis yang menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.

Mengulas kejadian itu, Suhaimi berkata, ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.


“Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.


“Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau,” katanya.


Beliau berkata, antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.